BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Blog Archive

Friday 30 September 2011

teluk batikk . .





teluk batik, salah satu tempat pelancongan di perak . cantik pantai dier . cantik jugak permandangan sebab mengadap matahari terbenam . aku rase tenang sangat bile dapat lepak kat sini . . kami seronok pth tu . mandi manda sambil menenangkan minda selepas exam . haha

bercuti selepas exam






kiteorang bercadang ape yg kiteorang nak bwat lepas exam . bile pikir2 balik, kiteorang nak bercuti di PANGKOR . hahaha bunyi macam seronok . OF COZ lah !!! ape yang x seronoknyer . gi pulau tu . . first sekali kiteorang gerak ptg tu . dalam pukul 5 . . selepas solat . kami terus gerak ke teluk batik . .

Wednesday 28 September 2011

abes exam . .



abes exam dah !!! . semua hepi . mane x nyer . . dah abes sem lah kiranye . haha . dah bole balek . semua suke, wajah berkerut mase kat dalam dewan bertukar ceria yang amat sangat . hehe . .

Tuesday 27 September 2011

muis room mate aku . .

semester satu dah nak abes . . aku rase macam baru semalam aku start belajar kat U ni . emm . . terase sedih plak bile berpisah ngan kawan2 . lagi2 room mate aku yang selalu menjadi tempat aku berkongsi cerita . . muis. . dier ambek pra-diploma  . lepas ni dier lanjutkan pelajaran kat penang plak . dah memang x jumpe lagilah jawabnye. . heishh . . aku ingat lagi first time aku dapat bilik dg08 ni . . aku jumpe dier dulu . dier duduk diam je kat dalam bilik ni . aku pun tegur . . kami kemas bilik same2 . berpeluh-peluh . lepas tu jadilah membe . . aku selalu jadikan dier teman bual aku . . haha . xpelah . insyaallah . ade mase aku kite jumpa lagi muis . .

Monday 26 September 2011

gile !









ini semua hasil kerja aku sejak aku masuk interior design ni . ade lagi yg aku x masukkan . . bg sesiapa yg tak boleh bawak subjek ni boleh jadi gile ! hahaha

rakan2 baru . .




sejak aku masuk ke U ni , ramai rakan2 yang aku kenal . semua gile2 macam aku . seronok aku dapat berkenalan dengan dieorang . .

cinta pertama 2. .

aku mula menjalinkan hubungan dengan si dia . dia seseorang yang amat memahami aku . segala yang aku lakukan akan aku ceritakan kepadanya. sedih, seronok, terkejut . semua cerita kami kongsi bersama . . setip hari kalau boleh aku ingin berjumpa dia . seringkali aku merasa rindu bila kami tidak berhubung sesama kami . terasa bagai ada sesuatu yang tidak kena . aku menyayangi dia sebaik  mungkin . aku tidak mahu menyakiti hatinya walau sekalipun .tapi . . semua tu kenangan . . aku dan si dia dah pun 'clash' . memang bukan jodoh pun kan nak bwat mcam mane . tapi dia seorang jelah setakat ini perempuan yang pernah aku cintai . hahahaha. . kesian aku . . =D

Sunday 25 September 2011

cinta pertama. .

cinta..? lumrah dalam kehidupan manusia . . manusia memerlukan seorang di sisi untuk menceritakan ,meluahkan sesuatu rasa yang sangat istimewa . emm~~ sepanjang hidupku, aku pernah bercinta sekali sahaja . cinta di bangku sekolah . kisah ini, bermula semasa aku di tingkatan dua . aku minat seorang gadis. perwatakannya amat sopan dan lemah lembut . air mukanya selalu terbayang dalam anganku . . pada mulanya aku percaya bahawa dia tidak akan melayanku kerana aku tidaklah begitu handsome . . aku merasakan aku tidak sesuai dengan dia . setelah terlalu lama aku melayan perasaan tersebut sendiri . aku bercadang untuk menegurnya . satu hari aku memberanikan diri untuk memanggil dia . . aku tanya nombor telefon . dia membalas yang dia tidak guna telefon. dia meminta aku untuk membelikan nombor untuknya . seminggu kemudian kami berkenalan seperti org dialamun cinta. . dari situlah kami mula bercinta . bercinta monyetlah katakan . . . ~~

alam universiti.

Assalamualaikum , aku berasal dari Muar,Johor. . aku belajar di UiTM Seri Iskandar ,Perak . diploma in interior design . macam2 aku lalui di sini , terlalu banyak memori yang x dapat aku lupakan . oleh itu aku mahu catitkannya di blog ini untuk aku kongsi kepada semua orang dan juga sebagai diari aku . .